August 6, 2007

Menolong Cik Suzy

Saya sedang berjalan ke sekolah apabila saya terserempak dengan seorang orang tua.Saya sedari yang dia hendak menyemberang jalan.Saya tidak hendak orang tua itu dilanggar kereta dan segera menolongnya.Saya pun menghantar dia pulang,takut-takut dia tidak boleh pulang ke rumah.Orang tua itu berkata yang nama dia Suzy dan saya boleh panggil dia Cik Suzy.

Saya sedari yang dia tinggal tidak jauh dari rumah saya.”Alamak!Saya terlupa yang saya mesti pergi ke sekolah sebelum jam tujuh setengah kalau tidak,saya akan pergi ke sekolah lambat kali ke lima!”Saya terpekik kepada Cik Suzy.Cik Lina,perempuan yang menjaga Cik Suzy mengucap terima kasih kepada saya dan saya terus lari ke sekolah.


Apabila saya sampai ke sekolah,guru besar sekolah saya ternampak saya dan teguh saya."Mengapahkah kamu lewat ke sekolah?"bertanya guru besar saya.Saya menjawab yang saya menolong seorang orang tua melintas jalan.Dia terus menjawab,"Baik lambat asalkan selamat."Saya berasa bersyukur kerana ada seorang guru besar yang memahami situasi saya.

Saya pulang ke kelas dan guru saya bertanya kenapa saya lewat dan saya menjawab,"Baik lambat asalkan selamat."dan saya tersenyum.

No comments: