August 25, 2007

Menolong Orang Tua

Cuaca pada hari itu sungguh cerah. Setelah siap dan bersarapan, Amir berjalan menuju ke sekolah. Semasa dia sedang berjalan, dia teringat bahawa hari itu adalah hari lahir neneknya. Dia tengok pada jamnya. Dia ada cukup masa untuk membeli hadiah untuk neneknya. Amir pergi ke kedai yang menjual hadiah yang terdekat.

Semasa berjalan ke kedai, dia ternampak Seorang nenek yang hendak menyeberang jalan raya. Amir berasa kasihan pada nenek itu. Dengan tidak membuang masa, Amir terus menolong nenek itu. Amir tanya nenek itu mana dia hendak pergi. Nenek itu berkata bahawa dia hendak pergi ke rumah kawannya. Amir menghantar nenek itu ke rumah kawan nenek itu.

Setelah sampai di rumah kawan nenek itu, nenek itu membuka pintu rumah kawannya. Amir berasa agar dia telah pergi ke tempat itu. Amir tengok di jam tembok yang tergantung di tembokrumah itu.

Amir terperanjat kerana dia telah lambat untuk sekolahnya. Amir terus berlari ke sekolahnya. Dia berasa takut jika dia akan dimarahi oleh guru besar sekolahnya. Apabila sampai di sekolahnya, Amir ternampak Pengetua sekolahnya sedang berdiri di pagar sekolahnya. Amir berasa takut. Apabila pengetua sekolahnya nampak Amir, dia tanya Amir mengapa dia lambat untuk sekolah. Amir memberitahu tentang apa yang telah berlaku. Pengetuanya berasa bangga dengan perbuatan Amir. Apabila sekolah telah habis dan Amir telah sampai di rumahnya, Amir terlupa untuk membelikan hadiah untuk neneknya. Apabila dia masuk ke dalam rumahnya, ahli keluarganya sedang menyambut hari lahir neneknya. Amir meminta maaf kepada nenek kerana dia terlupa untuk membelikan hadiah untuk neneknya. Tiba-tiba, neneknya memeluk Amir dan dia nampak nenek yang dia telah tolong pada pagi itu. Nenek Amir pun berasa bangga dengan perbuatan Amir.

No comments: