Cuaca di negeri Sabah sangat panas. Saya bercuti di situ dengan ibu dan pak cik saya. Saya menaiki bus untuk pergi ke Kualar Lumpur dan menjumpa pak cik saya yang tinggal di situ. Kemudian, kami akan tinggal di rumah pak cik saya semalaman. Keesokan hari, kami menaiki kapal terbang. Semasa di dalam kapal terbang, saya memakan nasi lemak. Kemudian, saya mendengar muzik. Semasa mendengar muzik, saya tertidur. Beberapa minit kemudian, kami sampai di negeri Sabah. Kami menaiki teksi untuk pergi ke tempat penginapan untuk menyimpan beg di dalam bilik kami. Selepas itu, kami pergi makan tengah hari di Secrect Recipe. Selepas itu, kami berjalan di tepi pantai. Saya meletakkan kaki saya dalam laut. Airnya rasa sejuk. Selepas itu, kami pergi ke pusat membeli-belah. Saya membeli sehelai baju dan sepasang anting-anting. Selepas itu, kami pulang ke tempat penginapan. Hari sudah malam. Kami memakan di dalam tempat penginapan.Selepas itu, kami bertidur. Keesokan hari, kami bersiap kerana hendak pulang balik ke Singapura. Saya dan ibu saya menaiki kapal terbang. Saya akan merasa rindu kepada tempat itu apabila saya meninggalkan tempat itu tetapi saya tidak boleh menunggu untuk pulang balik ke Singapura.
August 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cerita bagus
Post a Comment