August 6, 2007

Cuaca pada hari tu sungguh cerah.Setelah siap dan bersarapan,Amir berjalan menuju ke sekolah.Semasa dia sedang berjalan,dia ternampak seorang tua yang sedang cuba untuk berdiri tetapi tidak boleh.Dia berasa belas dan kasihan terhadap orang tua itu.Dia dengan cepat menyeberang jalan raya lalu pergi ke arah orang tua itu.Amir lalu memberi bantuan kepada wanita tua itu.Wanita tua itu berucap terima kasih atas lakonannya itu.Amir tidak sedar bahawa sekolahnya sudah bermula.dia berasa belas kasihan terhadap wanita tua itu hingga dia terlupa!Dia bertanya jika dia boleh menolongnya hantar ke rumahnya untuk rehat.wanita tua tersebut bersetuju.

Dalam perjalanan ke rumah wanita tersebut,wanita tua itu tanya pukul berapa?Amir baru sedar bahawa dia sudah lambat untuk sekolah!Nasib baik,rumah wanita tua itu sudah sampai!Wanita tua itu lalu mengucap terima kasih kerana menghantar ke ruma
hnya.


Amir berlari ke sekolahnya dengan cepat.Dia ternampak pengetua sekolah di pagar sekolah dengan kelihatan yang sangat marah.Pengetua sekolah lalu menyoal Amir.Amir memberitahunya bahawa dia menolong wanita tua itu dengan menghantarinya ke rumah.Pengetua itu memarahi Amir kerana datang lambat ke sekolah.Pengetua tersebut lalu memberi peluang kerana Amir telah membuat perkara yang baik.Hari itu hari bahagia bagi Amir kerana dia membuat perkara yang baik.

No comments: