August 4, 2007

Hujung Minggu Saya

Hujung minggu ini, saya akan duduk di rumah sahaja. Pada hari Sabtu, saya telah keluar bersama keluarga dan saudara-mara ke Taman East Coast untuk bermain bola sepak. Malangnya, kaki saya tercedera. Saya tidak boleh berjalan banyak.

Selepas bermain bola sepak, kami sekeluarga pergi makan di Simpang Bedok. Saya memang mengidamkan ikan bakar yang dijual di sana. Mujurlah, ayah membawa kami ke sana.

Setelah kenyang makan, kami diajak ke VIVO City. Itu adalah kali kedua saya ke sana. Tempatnya sungguhlah besar! Tidak cukup untuk berjalan selama sehari. Saya dan keluarga kemudian, mencari baju untuk dipakai semasa Hari Kebangsaan.

Kami terus pulang ke rumah kerana sangat letih setelah berjalan satu hari. Besok pula, saya sekeluarga akan menyambut hari lahir adik saya yang ke sepuluh.

2 comments:

Fiqa said...

Haiii... wah syioknye, kau punye adek parti tu syiok sey.. gerek sey..

Cikgu Norhanim said...

Terima Kasih Khairul kerana sudi berkongsi. :)